Cinta Si Merak Kayangan
BAB 1
Wei!bangunla...korang ni kalau tak
tidur tak boleh ya...asal naik kereta tidur...perangai mengalahkan budak
kecil" Adlyn Anissa mengejutkan sahabat-sahabatnya. Kelihatan Sarah dan
Aini mengosokkan mata masing-masing. "Dah sampai ye Lyn" Sarah
bangun sambil memberikan sengehan dan mengerling Aini ditempat duduk belakang
sedang lena diulit mimpi menandakan Aini akan lambat bangun lagi.Sarah terus
mencapai bantal yang berada diribanya lalu dipukul bahu Aini, membuatkan temannya
terkejut membuka silat. "Lahabau punya kawan!,kalau
kau kejutkan baik-baik tak boleh ke. Nasib baik aku tidak ada sakit jantung
tau."Aini menampar kepala Sarah akibat terkejut.Apalagi Sarah dan Adlyn
Anissa sudah ketawa terbahak-bahak dengan perangai Aini. "Sudahla tu,tak habis-habis la
korang berdua ni bergaduh. Jom!turun beli tiket" ajak Adlyn Anissa. "Jom!jom...nanti lambat-lambat
orang ramai dan panas pula" Sarah dan Aini keluar dari kereta Myvi Adlyn
Anissa dan menonong ke kaunter tiket untuk membeli tiket buat mereka bertiga.
Adlyn Anissa tersenyum sendiri melihat perangai teman-temannya.
Baru Adlyn Anissa mahu keluar dari
kereta Myvinya, tiba-tiba sebuah kereta Madza X5 parking betul-betul di sebelah
keretanya. Bukan main terkejut lagi Adlyn Anissa."kacak dan bergaya, tapi no
manners" Adlyn Anissa menjeling ke arah jejaka tersebut. "Wei! Cepatla..."laung
Sarah dan Aini apabila melihat Adlyn Anissa menapak perlahan. "Korang dah beli tiket
ke.Siapa yang belanja?"senyum Adlyn Anissa ke arah Aini. "Aku belanja, bukan mahal pun
RM25.00 je sorang" Aini menjawap sambil membuat tanda peace ke arah Sarah
dan Adlyn Anissa. Setelah mendapatkan tiket mereka
bertiga masuk ke Taman Burung yang terbesar di dunia.Taman Burung ini
berkeluasan kira-kira 21 ekar yang terletak di Jalan Cenderawasih, Kuala
Lumpur. Taman Burung ini mula dibuka pada tahun 1991. Pelbagai jenis burung
boleh dilihat lebih kira 3,000 ribu jenis burung termasuk burung tempatan dan
luar negara. "Wah! Lyn...Sarah cuba korang
tengok burung merak kat situ,cantiknya" Aini menunjukkan seekor burung
merak yang sedang berjalan dengan megahnya di hadapan kami. "ye la...memang
cantikkan..jom!kita ambil gambar" saran Sarah lagi. "Aku memang tidak suka sangat
dengan burung merak ni, memangla cantik tapi berlagak dengan
kecantikanya"Adlyn Anissa menyuarakan pendapatnya. Penat mereka
berjalan-jalan melihat pelbagai jenis burung dan pelbagai ragam pengunjung di
hadapan mereka. "Eh! Korang cuba korang tengok
pemuda kat sana, hensomenkan, tapi
dah kahwinla...isterinya pun cantikkan" Sarah menunjukkan ke arah lelaki
yang sedang melayan dua orang budak lelaki dan perempuan yang berumur 3 tahun,
kembar sepasang.
Memang lelaki tersebut seorang bapa
yang penyayang kerana sabar melayan kerenah anak-anaknya. Tiba-tiba kanak-kanak
lelaki berlari menuju ke arah kami. "Papa...Ayin nak beli
aiskerim, nak coklat"kanak-kanak tersebut merengek-rengek ke arah lelaki
yang dipanggil papa. " No..." satu perkataan keluar dari mulut lelaki tersebut. "Apalah along ni, bagila...bukanya
hari-hari Ayin makan aiskrim ni. Dengan anak pun nak kedekut" tiba-tiba
kedengaran suara wanita di sebelahnya. "Adik pun nak juga mak su" rengek si kecil.
Selepas membeli aiskrim kepada
anak-anaknya, lelaki tersebut memimpin anak-anaknya menghampiri tempat duduk
Adlyn Anissa dan teman-temannya. Adlyn Anissa memandang dengan begitu asyik ke
arah kanak-kanak dihadapanya yang sedang menikmati keenakan aiskrim sambil
bergurau senda dengan adik perempuannya.
"Abang! Look at the birds
there, so cute right" si kecil perempuan menjerit ke arah burung dihadapan
kami sambil bersorak keriangan. Tiba-tiba si kecil berlari-lari mengejar burung
tersebut. "Azreen watch your
steps..."laung si ayah. Adlyn Anissa berjalan perlahan ke gerai minuman
untuk membeli minuman...tiba-tiba kanak-kanak perempuan tersebut terjatuh di
hadapanya. "Ouchhh..."jerit si
kecil. "Sayang are you ok, come let
me see. Are you hurt?" Adlyn Annisa mendapatkan tubuh kecil tersebut sambi
melihat di tanganya samada tercedera atau pun tidak. "Oh! Aunty you"re so kind
and beautiful, i think i like you" si kecil tersenyum dan terus memeluk
Adlyn Annisa. "Azreen baby....adik ok ker. Sakit
tak...ada mana-mana cedera ke" tiba-tiba kedengaran suara perempuan
tergopoh-gopoh mendapatkan anak kecil di dalam pelukan Adlyn Annisa. "See..kan papa dah cakap
jangan lari...adik degil...next time no picnic or whatever" suara si papa
memberi amaran. "Akak terima kasih ye...saya
Tengku Maisara. Ni anak buah saya Tengku Azreen dan yang tu Tengku Naqim dan
yang sedang marah-marah tu abang saya Tengku Danish Darwisy" dengan
panjang lebar Tengku Maisara memperkenalkan sikecil kepada Adlyn Anissa. "Akak…Adlyn Annissa, panggil
je kak Lyn" Adlyn Annissa menghulurkan tangan.
"Mintak maafla kak Lyn, adik
ne memang nakal sikit,tapi biasanya dia susah sikit nak mesra dengan orang yang
dia tak kenal, jauh sekali nak peluk-peluk macam ni" Terang Tengku Marissa
lagi sambil menjeling ke arah Tengku Azreen yang sedang ralit memerhatikan
wajah Adlyn Annissa. "Adik kenapa peluk aunty tadi,
say sorry to aunty" arah Tengku Marissa. "Sorry aunty, but you like my
mama, i"m realy missed her" Tengku Azreen semakin menguatkan
pelukanya pada Adlyn Anissa. "Baby lepaskan aunty...come
let go home now, miss i"m sorry" tiba-tiba kedengaran suara Tengku
Danish Darwisy setelah lama memerhati berbuatan anak perempuanya.
Tengku Azreen melepaskan pelukan
dan berlalu pergi dengan wajah yang tidak puashati sambil melambai-lambaikan
tangan ke arah Adlyn Anissa. "Bye kak Lyn,thanks
agains" Tengku Marissa melambaikan tangan sambil memimpin Tengku Naqkim. Adlyn
Anissa tersenyum samnil melambai-lambaikan tangan ke arah mereka dan perjalan
menghampiri Sarah dan Aini yang sedang ralit memerhatikan kejadian tersebut. " Lyn kenapa tadi tu"
Sarah bertanya setelah Adlyn Anissa menghampiri mereka. "Budak kecil tadi terjatuh
depan aku, tetiba pula budak tu peluk aku...aku pun terkejut juga. Tapi serius,
comel betul budak tadi macam mix blood" Adlyn Anissa menerangkan perkara
sebenar kepada teman-temanya. Tapi aku lebih suka tengok papa budak-budak
tadi, hensome gila tu weh"Aini bersuara. "Gila kau, laki orang tu...jangan
nak buat perangai" amaran dari Adlyn Annissa. "Wei!jom la balik...aku lapar
la, jom la JJCM" Sarah sudah menarik tangan Adlyn Anissa dan Aini keluar
dari Taman Burung tersebut. "Mana mau pegi
daaaa"Adlyn Annisa bertanya Sarah dan Aini . "Makan time..."serentak
jawapan Sarah dan Aini. "mana weh...kasi tau la
tempat...kang aku bawa ke kedai anei,mau"giat Adlyn Annisa. "Tak mau...tak mau...asyik
kedai anei...lama-lama muka kitaorang ne dah jadi sepupu-sepapat anei. Tak rock la..." sambung Aini "Apa rock-rock...kau ingat ni
group SEARCH apa?" Sarah membalingkan kusyen ke arah Aini. "Wei,mulut jer bergerak boleh
tak,ni dengan tangan-tangan sekali bergerak" Aini sudah bengang dengan
Sarah.Adlyn Annissa sudah tersenyum melihat telatah kawan-kawanya. "ok..kita pergi Pantai Dalam
la...makan kat restotan Anis Putri nak"AdlynAnnisa memberi cadangan. "Yes! Lama tak pergi
sanakan...rindu betulla dengan lauk-pauk kat sana" Sarah dan Aini surah
bergive me five. Setelah 15 minit memandu akhirnya mereka
sampai ke tempat yang dituju. Restoran Anis Putri memang terkenal, kalau waktu puncak macam ni, jangan
harapla nak dapat parking. Nasib baik mereka dapat parking di belakang kereta
Mazda X5. Mereka bertiga masuk ke dalam restoran tersebut dan terus mencari
tempat yang kosong. Tiba-tiba tangan Adlyn Anissa di tarik oleh seseorang.Adlyn
Annisa terkejut kerana Tengku Azreen sedang memengang tanganya. “Hai baby,mana papa dan mak
su" Adlyn tersenyum sambil mengangkat Tengku Azreen ke pangkuanya. "Cana" Adlyn Anissa
memandang ke arah yang ditunjuk oleh Tengku Azreen dan melihat Tengku Marissa
melilau mencari Tengku Azreen. "Rissa...Rissa...sini"Adlyn
Anissa melambai-lambaikan tangan kepada Tengku Marissa agar memandangnya.
Tengku Marissa terkejut melihat
Adlyn Anissa sedang memangku Tengku Azreen dan perlahan-lahan berjalan ke arah
mereka. "Baby...jangan buat mak su
sakit kepala lagi tau...kalau baby hilang macamana dengan papa dan abang"
Tengku Marissa mengusap-ngusap kepala Tengku Azreen. "Baby nampak Anty mama"
Tengku Azreen sudah berkaca matanya apabila di marah oleh Tengku Marissa. " Ala...cayang bucuk-bucuk
dah, jangan nangis. Lain kali kalau baby nak pergi mana-mana kena bagitahu kat
papa atau mak su tau sayang. Nanti diorang risau dan jangan ikut orang yang tak
kenal...bahaya." Adlyn Anissa mencium ubun-ubun Tengku Azreen. " Akak dah ada tempat duduk
ker" setelah lama Tengku Marrisa memandang cara layanan Adlyn Annissa
kepada Tengku Azreen. "Baru je...tu kak Sarah dan
Kak Aini pun tengah mencari-cari tempat duduk" Adlyn Annisa menunjuk ke
arah Sarah dan Aini yang sedang melilau mencari tempat duduk untuk mereka. "Eh...jom la akak, sertai
kitaorang kat dalam sana" pelawa Tengku Marissa dan dia terus menariktangan
Adlyn Anissa yang sedang mendukung Tengku Azreen. Apalagi pucuk dicita, ulam
mendatang. Tanpa berlengah Adlyn Annisa melambai-lambaikan tangan kepada Sarah
dan Aini agar mengikutnya. Apabila Sarah dan Aini melihat Adlyn Anissa
melambaikan tangan ke arah mereka, dengan segera mereka mengikut langkah Adlyn
Anissa dan Tengku Marissa. Maklumlah...waktu puncak macam ni tambahan pula
hujung minggu, Restoran Anis memang penuh, kalau lambat datang memang tidak ada
tempat duduk dan terpaksa menunggu giliran pelanggan lain habis makan. Bab menunggu
tu satu, tempat parking juga jangan harapla semuanya penuh sampai ke tepi
jalan. Mereka berempat melangkah masuk ke dalam tempat VIP. Nama pun tempat VIP
mestila ada penghawa dingin... "Along, dah kenalkan ni kak
Lyn, kak Sarah dan kak Aini. Tadikan kita jumpa kat Taman Burung" terang
Tengku Marissa kepada Tengku Danish Darwisy, apabila melihat abangnya terkejut. "Oh! Ya... Silakan duduk. Tak
sangka boleh jumpa korang kat sini. Baby, kenapa menyusahkan aunty tu. Sorry ye
Lyn. Tak tahu la kenapa baby jadi macam ni. Selalunya susah dia nak beramah
mesra dengan orang yang dia tak kenal" sekali lagi Tengku Danish Darwisy
memohon maaf. " Tak apa la Tengku.
Budak-budak, lagi pun saya memang suka dengan budak-budak" Adlyn Anissa
memberikan senyuman sambil mengusap-ngusap rambut Tengku Azreen dipangkuanya.
Sekali lagi mereka semua terkejut
kerana tiba-tiba Tengku Naqim menarik kerusinya mendekati Adlyn Anisa dan
memeluknya."Kenapa sayang..." Adlyn Anissa mengusap-ngusap bahu
Tengku Naqim disebelahnya.
"Akim nak anty mama suapkan.
Boleh" Tengku Naqim sudah menolak makanannya ke arah Adlyn Annissa.
Tengku Danish Darwisy sudah
merasakan hatinya dipalu dengan kuat apabila mendengar anak-anaknya memanggil
Adlyn Anissa antie mama. Dia merasa
bersalah terhadap anak-anaknya yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Tapi
apa yang boleh dia lakukan...isterinya sudah membuang anak-anak mereka kerana
mencintai lelaki lain. Jiwanya sungguh terusik dengan layanan yang diberikan
oleh Adlyn Annisa kepada anak kembarnya. Mereka semua makan dengan berselera
sekali. Adlyn Anissa,Sarah dan Aini mengucapkan terima kasih kepada Tengku
Danish Darwisy kerana membayar makan tengahari mereka. Sebelum Adlyn Anissa
melangkah keluar, dia dipeluk dah dicium oleh si kembar. "Wah! Tak sangka Tengku Danish Darwisy tu bapa tunggal
ya" Sarah tersenyum ke arah Adlyn Anissa. "Kalau bapa tunggal kenapa?
Kau nak masuk jarum ke" Aini dibelakang bersuara. "Tapi memang hensomekan. Dah
la kaya. Siapa yang tak nak kan" Sarah tersengeh sambil menyanyi
kecil.
"Korang ni pantang jumpa
lelaki hensome, mula la jadi mat jenin. Sudahla tu...dia tu Si Merak
kayangan...kita ne entah burung apa-apa entah" Adlyn Anissa tergelak.
"Along, kak Lyn tadi tu
cantikan, dah la cantik baik hati pula tu" Tengku Marissa bersuara samnil
menjeling ke arah Tengku Danish Darwisy yang sedang memandu MAZDA X5 di
sebelahnya. " Kalau cantik dan baik
kenapa? Rissa nak baut apa" Tengku Danish Darwisy menjeling adiknya,
sambil matanya melihat anak kembarnya ditempat duduk belakang melalui cermin
depannya. "Along sampai bila nak hidup
sorang macam ni. Kenala fikir pasal baby dan abang. Diaorang kecil lagi
perlukan kasih-sayang seorang mama"
Tengku Marissa memberikan cadangan. "Entahla...Rissa,Along takut
sekiranya isteri along tidak mampu memberikan kasih-sayang kepada mereka. Lagi
pun bukan senang nak cari seorang wanita yang betul-betul sayangkan anak tiri.
Takut sejarah berulang lagi" keluh Tengku Danish Darwisy.
Masing-masing senyap Tengku Danush
Darwisy fokus kepada pemanduanya. Anak-anak kembarnya sudah dibuai mimpi
apabila masuk kedalam kereta selepas selesai menjamu selera tadi. Seharian
mereka berjalan membuatkan masing-masing keletihan.
Malamnya, Adlyn Anissa tidak dapat
melelapkan mata kerana teringatkan keletah Tengku Azreen dan Tengku Naqim.
Kalaulah Iskandar tidak buat perangai,sudah tentu mereka sudah mempunyai anak.
Tapi apakan daya jodoh dan pertemuan siapa yang dapat menentukan, kecuali DIA.
Tapi syukur sebelum berkahwin, DIA
telah menunjukkan siapakah sebenarnya Iskandar. Kecewa, ya sememangnya dia
kecewa kerana percintaan selama dua tahun berakhir dengan perpisahan yang
Iskandar berlaku curang denganya dan memilih sahabat baiknya. Biarlah dia sudah
redha dengan ketentuaNYA. Jodoh yang baik hanya untuk orang yang baik. Apa yang
penting dia akan meneruskan kehidupanya dan melupakan apa yang telah terjadi.
Akhirnya Adlyn Anissa terlelap. Sementara, Tengku Danish Darwisy
pula tidak dapat melelapkan mata kerana mindanya tidak dapat melupakan seraut
wajah Adlyn Annisa yang redup dan cantik. Bagaimana cara Adlyn Anissa melayan
si kembarnya. Ternyata ada sifat keibuan dan kasih sayang didalam diri Adlyn
Anissa. Tengku Danish Darwisy juga dapat merasa getaran didalam dadanya. Adakah
dia sudah jatuh cinta untuk kali kedua? Ataupun cinta kali ini lebih hebat dari
cintanya yang pertama bersama Tengku Alisya. Akhirnya Tengku Danish Darwisy
terlena bersama mimpi-mimpi indahnya terhadap Adlyn Anissa.
No comments:
Post a Comment