Sunday, 13 April 2014


                                 Cinta Si Merak Kayangan 

                                 BAB 1



Wei!bangunla...korang ni kalau tak tidur tak boleh ya...asal naik kereta tidur...perangai mengalahkan budak kecil" Adlyn Anissa mengejutkan sahabat-sahabatnya. Kelihatan Sarah dan Aini mengosokkan mata masing-masing. "Dah sampai ye Lyn" Sarah bangun sambil memberikan sengehan dan mengerling Aini ditempat duduk belakang sedang lena diulit mimpi menandakan Aini akan lambat bangun lagi.Sarah terus mencapai bantal yang berada diribanya lalu dipukul bahu Aini, membuatkan temannya terkejut membuka silat. "Lahabau punya kawan!,kalau kau kejutkan baik-baik tak boleh ke. Nasib baik aku tidak ada sakit jantung tau."Aini menampar kepala Sarah akibat terkejut.Apalagi Sarah dan Adlyn Anissa sudah ketawa terbahak-bahak dengan perangai Aini. "Sudahla tu,tak habis-habis la korang berdua ni bergaduh. Jom!turun beli tiket" ajak Adlyn Anissa. "Jom!jom...nanti lambat-lambat orang ramai dan panas pula" Sarah dan Aini keluar dari kereta Myvi Adlyn Anissa dan menonong ke kaunter tiket untuk membeli tiket buat mereka bertiga. Adlyn Anissa tersenyum sendiri melihat perangai teman-temannya.
 Baru Adlyn Anissa mahu keluar dari kereta Myvinya, tiba-tiba sebuah kereta Madza X5 parking betul-betul di sebelah keretanya. Bukan main terkejut lagi Adlyn Anissa."kacak dan bergaya, tapi no manners" Adlyn Anissa menjeling ke arah jejaka tersebut. "Wei! Cepatla..."laung Sarah dan Aini apabila melihat Adlyn Anissa menapak perlahan. "Korang dah beli tiket ke.Siapa yang belanja?"senyum Adlyn Anissa ke arah Aini. "Aku belanja, bukan mahal pun RM25.00 je sorang" Aini menjawap sambil membuat tanda peace ke arah Sarah dan Adlyn Anissa. Setelah mendapatkan tiket mereka bertiga masuk ke Taman Burung yang terbesar di dunia.Taman Burung ini berkeluasan kira-kira 21 ekar yang terletak di Jalan Cenderawasih, Kuala Lumpur. Taman Burung ini mula dibuka pada tahun 1991. Pelbagai jenis burung boleh dilihat lebih kira 3,000 ribu jenis burung termasuk burung tempatan dan luar negara. "Wah! Lyn...Sarah cuba korang tengok burung merak kat situ,cantiknya" Aini menunjukkan seekor burung merak yang sedang berjalan dengan megahnya di hadapan kami. "ye la...memang cantikkan..jom!kita ambil gambar" saran Sarah lagi. "Aku memang tidak suka sangat dengan burung merak ni, memangla cantik tapi berlagak dengan kecantikanya"Adlyn Anissa menyuarakan pendapatnya. Penat mereka berjalan-jalan melihat pelbagai jenis burung dan pelbagai ragam pengunjung di hadapan mereka. "Eh! Korang cuba korang tengok pemuda kat sana, hensomenkan, tapi dah kahwinla...isterinya pun cantikkan" Sarah menunjukkan ke arah lelaki yang sedang melayan dua orang budak lelaki dan perempuan yang berumur 3 tahun, kembar sepasang.
 Memang lelaki tersebut seorang bapa yang penyayang kerana sabar melayan kerenah anak-anaknya. Tiba-tiba kanak-kanak lelaki berlari menuju ke arah kami. "Papa...Ayin nak beli aiskerim, nak coklat"kanak-kanak tersebut merengek-rengek ke arah lelaki yang dipanggil papa. " No..." satu  perkataan keluar dari mulut lelaki tersebut. "Apalah along ni, bagila...bukanya hari-hari Ayin makan aiskrim ni. Dengan anak pun nak kedekut" tiba-tiba kedengaran suara wanita di sebelahnya. "Adik  pun nak juga mak su" rengek si kecil.
 Selepas membeli aiskrim kepada anak-anaknya, lelaki tersebut memimpin anak-anaknya menghampiri tempat duduk Adlyn Anissa dan teman-temannya. Adlyn Anissa memandang dengan begitu asyik ke arah kanak-kanak dihadapanya yang sedang menikmati keenakan aiskrim sambil bergurau senda dengan adik perempuannya.
 "Abang! Look at the birds there, so cute right" si kecil perempuan menjerit ke arah burung dihadapan kami sambil bersorak keriangan. Tiba-tiba si kecil berlari-lari mengejar burung tersebut. "Azreen watch your steps..."laung si ayah. Adlyn Anissa berjalan perlahan ke gerai minuman untuk membeli minuman...tiba-tiba kanak-kanak perempuan tersebut terjatuh di hadapanya. "Ouchhh..."jerit si kecil. "Sayang are you ok, come let me see. Are you hurt?" Adlyn Annisa mendapatkan tubuh kecil tersebut sambi melihat di tanganya samada tercedera atau pun tidak. "Oh! Aunty you"re so kind and beautiful, i think i like you" si kecil tersenyum dan terus memeluk Adlyn Annisa. "Azreen baby....adik ok ker. Sakit tak...ada mana-mana cedera ke" tiba-tiba kedengaran suara perempuan tergopoh-gopoh mendapatkan anak kecil di dalam pelukan Adlyn Annisa. "See..kan papa dah cakap jangan lari...adik degil...next time no picnic or whatever" suara si papa memberi amaran. "Akak terima kasih ye...saya Tengku Maisara. Ni anak buah saya Tengku Azreen dan yang tu Tengku Naqim dan yang sedang marah-marah tu abang saya Tengku Danish Darwisy" dengan panjang lebar Tengku Maisara memperkenalkan sikecil kepada Adlyn Anissa. "Akak…Adlyn Annissa, panggil je kak Lyn" Adlyn Annissa menghulurkan tangan.
 "Mintak maafla kak Lyn, adik ne memang nakal sikit,tapi biasanya dia susah sikit nak mesra dengan orang yang dia tak kenal, jauh sekali nak peluk-peluk macam ni" Terang Tengku Marissa lagi sambil menjeling ke arah Tengku Azreen yang sedang ralit memerhatikan wajah Adlyn Annissa. "Adik kenapa peluk aunty tadi, say sorry to aunty" arah Tengku Marissa. "Sorry aunty, but you like my mama, i"m realy missed her" Tengku Azreen semakin menguatkan pelukanya pada Adlyn Anissa. "Baby lepaskan aunty...come let go home now, miss i"m sorry" tiba-tiba kedengaran suara Tengku Danish Darwisy setelah lama memerhati berbuatan anak perempuanya.
 Tengku Azreen melepaskan pelukan dan berlalu pergi dengan wajah yang tidak puashati sambil melambai-lambaikan tangan ke arah Adlyn Anissa. "Bye kak Lyn,thanks agains" Tengku Marissa melambaikan tangan sambil memimpin Tengku Naqkim. Adlyn Anissa tersenyum samnil melambai-lambaikan tangan ke arah mereka dan perjalan menghampiri Sarah dan Aini yang sedang ralit memerhatikan kejadian tersebut. " Lyn kenapa tadi tu" Sarah bertanya setelah Adlyn Anissa menghampiri mereka. "Budak kecil tadi terjatuh depan aku, tetiba pula budak tu peluk aku...aku pun terkejut juga. Tapi serius, comel betul budak tadi macam mix blood" Adlyn Anissa menerangkan perkara sebenar kepada teman-temanya.  Tapi aku lebih suka tengok papa budak-budak tadi, hensome gila tu weh"Aini bersuara. "Gila kau, laki orang tu...jangan nak buat perangai" amaran dari Adlyn Annissa. "Wei!jom la balik...aku lapar la, jom la JJCM" Sarah sudah menarik tangan Adlyn Anissa dan Aini keluar dari Taman Burung tersebut. "Mana mau pegi daaaa"Adlyn Annisa bertanya Sarah dan Aini . "Makan time..."serentak jawapan Sarah dan Aini. "mana weh...kasi tau la tempat...kang aku bawa ke kedai anei,mau"giat Adlyn Annisa. "Tak mau...tak mau...asyik kedai anei...lama-lama muka kitaorang ne dah jadi sepupu-sepapat anei.  Tak rock la..." sambung Aini "Apa rock-rock...kau ingat ni group SEARCH apa?" Sarah membalingkan kusyen ke arah Aini. "Wei,mulut jer bergerak boleh tak,ni dengan tangan-tangan sekali bergerak" Aini sudah bengang dengan Sarah.Adlyn Annissa sudah tersenyum melihat telatah kawan-kawanya. "ok..kita pergi Pantai Dalam la...makan kat restotan Anis Putri nak"AdlynAnnisa memberi cadangan. "Yes! Lama tak pergi sanakan...rindu betulla dengan lauk-pauk kat sana" Sarah dan Aini surah bergive me five.  Setelah 15 minit memandu akhirnya mereka sampai ke tempat yang dituju. Restoran Anis Putri  memang terkenal, kalau waktu puncak macam ni, jangan harapla nak dapat parking. Nasib baik mereka dapat parking di belakang kereta Mazda X5. Mereka bertiga masuk ke dalam restoran tersebut dan terus mencari tempat yang kosong. Tiba-tiba tangan Adlyn Anissa di tarik oleh seseorang.Adlyn Annisa terkejut kerana Tengku Azreen sedang memengang tanganya. “Hai baby,mana papa dan mak su" Adlyn tersenyum sambil mengangkat Tengku Azreen ke pangkuanya. "Cana" Adlyn Anissa memandang ke arah yang ditunjuk oleh Tengku Azreen dan melihat Tengku Marissa melilau mencari Tengku Azreen. "Rissa...Rissa...sini"Adlyn Anissa melambai-lambaikan tangan kepada Tengku Marissa agar memandangnya.
 Tengku Marissa terkejut melihat Adlyn Anissa sedang memangku Tengku Azreen dan perlahan-lahan berjalan ke arah mereka. "Baby...jangan buat mak su sakit kepala lagi tau...kalau baby hilang macamana dengan papa dan abang" Tengku Marissa mengusap-ngusap kepala Tengku Azreen. "Baby nampak Anty mama" Tengku Azreen sudah berkaca matanya apabila di marah oleh Tengku Marissa. " Ala...cayang bucuk-bucuk dah, jangan nangis. Lain kali kalau baby nak pergi mana-mana kena bagitahu kat papa atau mak su tau sayang. Nanti diorang risau dan jangan ikut orang yang tak kenal...bahaya." Adlyn Anissa mencium ubun-ubun Tengku Azreen. " Akak dah ada tempat duduk ker" setelah lama Tengku Marrisa memandang cara layanan Adlyn Annissa kepada Tengku Azreen. "Baru je...tu kak Sarah dan Kak Aini pun tengah mencari-cari tempat duduk" Adlyn Annisa menunjuk ke arah Sarah dan Aini yang sedang melilau mencari tempat duduk untuk mereka. "Eh...jom la akak, sertai kitaorang kat dalam sana" pelawa Tengku Marissa dan dia terus menariktangan Adlyn Anissa yang sedang mendukung Tengku Azreen. Apalagi pucuk dicita, ulam mendatang. Tanpa berlengah Adlyn Annisa melambai-lambaikan tangan kepada Sarah dan Aini agar mengikutnya. Apabila Sarah dan Aini melihat Adlyn Anissa melambaikan tangan ke arah mereka, dengan segera mereka mengikut langkah Adlyn Anissa dan Tengku Marissa. Maklumlah...waktu puncak macam ni tambahan pula hujung minggu, Restoran Anis memang penuh, kalau lambat datang memang tidak ada tempat duduk dan terpaksa menunggu giliran pelanggan lain habis makan. Bab menunggu tu satu, tempat parking juga jangan harapla semuanya penuh sampai ke tepi jalan. Mereka berempat melangkah masuk ke dalam tempat VIP. Nama pun tempat VIP mestila ada penghawa dingin... "Along, dah kenalkan ni kak Lyn, kak Sarah dan kak Aini. Tadikan kita jumpa kat Taman Burung" terang Tengku Marissa kepada Tengku Danish Darwisy, apabila melihat abangnya terkejut. "Oh! Ya... Silakan duduk. Tak sangka boleh jumpa korang kat sini. Baby, kenapa menyusahkan aunty tu. Sorry ye Lyn. Tak tahu la kenapa baby jadi macam ni. Selalunya susah dia nak beramah mesra dengan orang yang dia tak kenal" sekali lagi Tengku Danish Darwisy memohon maaf. " Tak apa la Tengku. Budak-budak, lagi pun saya memang suka dengan budak-budak" Adlyn Anissa memberikan senyuman sambil mengusap-ngusap rambut Tengku Azreen dipangkuanya.
 Sekali lagi mereka semua terkejut kerana tiba-tiba Tengku Naqim menarik kerusinya mendekati Adlyn Anisa dan memeluknya."Kenapa sayang..." Adlyn Anissa mengusap-ngusap bahu Tengku Naqim disebelahnya.
 "Akim nak anty mama suapkan. Boleh" Tengku Naqim sudah menolak makanannya ke arah Adlyn Annissa.
 Tengku Danish Darwisy sudah merasakan hatinya dipalu dengan kuat apabila mendengar anak-anaknya memanggil Adlyn Anissa antie  mama. Dia merasa bersalah terhadap anak-anaknya yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Tapi apa yang boleh dia lakukan...isterinya sudah membuang anak-anak mereka kerana mencintai lelaki lain. Jiwanya sungguh terusik dengan layanan yang diberikan oleh Adlyn Annisa kepada anak kembarnya. Mereka semua makan dengan berselera sekali. Adlyn Anissa,Sarah dan Aini mengucapkan terima kasih kepada Tengku Danish Darwisy kerana membayar makan tengahari mereka. Sebelum Adlyn Anissa melangkah keluar, dia dipeluk dah dicium oleh si kembar. "Wah! Tak sangka  Tengku Danish Darwisy tu bapa tunggal ya" Sarah tersenyum ke arah Adlyn Anissa. "Kalau bapa tunggal kenapa? Kau nak masuk jarum ke" Aini dibelakang bersuara. "Tapi memang hensomekan. Dah la kaya. Siapa yang tak nak kan" Sarah tersengeh sambil menyanyi kecil.


"Korang ni pantang jumpa lelaki hensome, mula la jadi mat jenin. Sudahla tu...dia tu Si Merak kayangan...kita ne entah burung apa-apa entah" Adlyn Anissa tergelak.
 "Along, kak Lyn tadi tu cantikan, dah la cantik baik hati pula tu" Tengku Marissa bersuara samnil menjeling ke arah Tengku Danish Darwisy yang sedang memandu MAZDA X5 di sebelahnya. " Kalau cantik dan baik kenapa? Rissa nak baut apa" Tengku Danish Darwisy menjeling adiknya, sambil matanya melihat anak kembarnya ditempat duduk belakang melalui cermin depannya. "Along sampai bila nak hidup sorang macam ni. Kenala fikir pasal baby dan abang. Diaorang kecil lagi perlukan kasih-sayang seorang mama"  Tengku Marissa memberikan cadangan. "Entahla...Rissa,Along takut sekiranya isteri along tidak mampu memberikan kasih-sayang kepada mereka. Lagi pun bukan senang nak cari seorang wanita yang betul-betul sayangkan anak tiri. Takut sejarah berulang lagi" keluh Tengku Danish Darwisy.
 Masing-masing senyap Tengku Danush Darwisy fokus kepada pemanduanya. Anak-anak kembarnya sudah dibuai mimpi apabila masuk kedalam kereta selepas selesai menjamu selera tadi. Seharian mereka berjalan membuatkan masing-masing keletihan.
 Malamnya, Adlyn Anissa tidak dapat melelapkan mata kerana teringatkan keletah Tengku Azreen dan Tengku Naqim. Kalaulah Iskandar tidak buat perangai,sudah tentu mereka sudah mempunyai anak. Tapi apakan daya jodoh dan pertemuan siapa yang dapat menentukan, kecuali DIA.
 Tapi syukur sebelum berkahwin, DIA telah menunjukkan siapakah sebenarnya Iskandar. Kecewa, ya sememangnya dia kecewa kerana percintaan selama dua tahun berakhir dengan perpisahan yang Iskandar berlaku curang denganya dan memilih sahabat baiknya. Biarlah dia sudah redha dengan ketentuaNYA. Jodoh yang baik hanya untuk orang yang baik. Apa yang penting dia akan meneruskan kehidupanya dan melupakan apa yang telah terjadi. Akhirnya Adlyn Anissa terlelap. Sementara, Tengku Danish Darwisy pula tidak dapat melelapkan mata kerana mindanya tidak dapat melupakan seraut wajah Adlyn Annisa yang redup dan cantik. Bagaimana cara Adlyn Anissa melayan si kembarnya. Ternyata ada sifat keibuan dan kasih sayang didalam diri Adlyn Anissa. Tengku Danish Darwisy juga dapat merasa getaran didalam dadanya. Adakah dia sudah jatuh cinta untuk kali kedua? Ataupun cinta kali ini lebih hebat dari cintanya yang pertama bersama Tengku Alisya. Akhirnya Tengku Danish Darwisy terlena bersama mimpi-mimpi indahnya terhadap Adlyn Anissa.  

Tuesday, 8 April 2014

teaser 1 cinta si merak kayangan

Adlyn Annisa- seorang gadis biasa-biasa yang comel dan cantik...cantik kerrr!!!. Kerana kecewa dengan cinta yang lalu, dia menutup pintu hatinya dengan kehadiran cinta baru.

Tengku Danish Darwisy- Duda hot: katanya!!! mempunyai dua orang anak .seorang lelaki - Tengku Naqim dan seoarang anak perempuan Tengku Azreen- setelah kematian isteri tercinta. dia juga menutup pintu hatinya untuk kehadiran cinta yang baru- takut anak-anaknya mendapat emak tiri yang tidak mampu memberikan kasih sayang kepada anak-anaknya.

pertemuan pertama Adlyn Annisa dan Tengku Danish Darwisy di Taman Burung bisa membuatkan hati kedua-duanya berlagu riang... pertemuan demi pertemuan yang tidak diduga adalah aturan Yang Maha ESA. Namun si dara tahu dia hanya burung pipit yang selalu terbang rendah dan sedar siapa dirinya? manakan sama untuk berdiri dan terbang beriringan dengan Si Merak Kayangan yang yang kacak.

kehadiran Doto' Zakir dan Zaid Haikal menambahkan kusut dikepala Adlynn Annisa. Siapakah mereka?

kehadiran Tengku Putri Balqish yang tidak segan silu menghimpit Si Merak kayangan menyebabkan Adlyn Annisa makan hati.....Apakah kesudahan Cinta Si Merak kayangan.. dapatkah Si pipit terbang bersama dengan Si Merak yang Hottest!!!